RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 “Sulit” atau “Terhad” mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972. 1.3.1.2 Maklumat Rasmi Maklumat Rasmi adalah maklumat yang diwujudkan, digunakan, diterima atau dikeluarkan secara rasmi oleh mana-mana agensi Kerajaan semasa menjalankan urusan rasmi. Maklumat Rasmi ini juga adalah merupakan rekod awam yang tertakluk di bawah peraturan-peraturan Arkib Negara. 1.3.1.3 Maklumat Pengenalan Peribadi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII atau Personally Identifiable Information) adalah maklumat yang boleh digunakan secara tersendiri atau digunakan dengan maklumat lain untuk mengenal pasti individu tertentu. Data PII mengandungi data peribadi dan data sensitif individu. Sebaliknya, PII boleh juga terkandung dalam Maklumat Rahsia Rasmi. 1.3.1.4 Data Terbuka Data Terbuka adalah maklumat yang bebas digunakan, dikongsi dan digunakan semula oleh orang awam, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk pelbagai tujuan. Jabatan hendaklah mematuhi pekeliling yang sedang berkuat kuasa. PII dikecualikan daripada Data Terbuka. 1.3.2 Aliran Data Aliran data merujuk kepada laluan lengkap data tertentu semasa transaksi. Aliran data dan komunikasi dalam Jabatan hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji semula secara berkala. Saluran komunikasi termasuk:  Saluran komunikasi dan aliran data antara sistem dalam Jabatan.  Saluran komunikasi dan aliran data ke sistem luar Saluran komunikasi dan aliran data ke ruang storan pengkomputeran awan dianggap sebagai saluran komunikasi luaran. 1.3.3 Platform Aplikasi dan Perisian Semua platform aplikasi dan perisian hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji semula secara berkala. © RAKKSSA 12

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents