RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
1.3.4 Peranti Fizikal dan Sistem
Semua peranti fizikal yang digunakan dalam Jabatan hendaklah dikenal pasti,
direkodkan dan dikaji semula secara berkala.
Peranti fizikal termasuk :
Pelayan
Peranti/Peralatan Rangkaian
Komputer Peribadi
Komputer Riba
Telefon /peranti pintar
Media Storan
Peranti dengan sambungan ke internet, contohnya pengimbas, sistem kawalan
akses, alat kawalan.
Peranti pengkomputeran peribadi milik persendirian yang digunakan untuk
urusan rasmi Kerajaan
1.3.5 Sistem Luaran
Semua sistem luaran hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji semula secara
berkala.
Sistem luaran adalah sistem bukan milik Jabatan yang dihubungkan dengan sistem
Jabatan. Sebagai contoh, sistem yang dikendalikan oleh organisasi awam atau
swasta yang memberi/menerima maklumat daripada sistem Jabatan
1.3.6 Sumber Luaran
Semua perkhidmatan sumber luaran hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji
semula secara berkala.
Perkhidmatan sumber luaran adalah perkhidmatan yang disediakan oleh organisasi
luar untuk menyokong operasi Jabatan. Contoh perkhidmatan sumber luaran ialah:
Perisian Sebagai Satu Perkhidmatan
Platform Sebagai Satu Perkhidmatan
Infrastruktur Sebagai Satu Perkhidmatan
Storan Pengkomputeran Awan
Pemantauan Keselamatan
© RAKKSSA
13
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents