RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
“Sulit” atau “Terhad” mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri
Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang
dilantik di bawah seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972.
1.3.1.2
Maklumat Rasmi
Maklumat Rasmi adalah maklumat yang diwujudkan, digunakan, diterima atau
dikeluarkan secara rasmi oleh mana-mana agensi Kerajaan semasa menjalankan
urusan rasmi. Maklumat Rasmi ini juga adalah merupakan rekod awam yang tertakluk
di bawah peraturan-peraturan Arkib Negara.
1.3.1.3 Maklumat Pengenalan Peribadi
Maklumat Pengenalan Peribadi (PII atau Personally Identifiable Information) adalah
maklumat yang boleh digunakan secara tersendiri atau digunakan dengan maklumat
lain untuk mengenal pasti individu tertentu. Data PII mengandungi data peribadi dan
data sensitif individu.
Sebaliknya, PII boleh juga terkandung dalam Maklumat Rahsia Rasmi.
1.3.1.4 Data Terbuka
Data Terbuka adalah maklumat yang bebas digunakan, dikongsi dan digunakan
semula oleh orang awam, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk pelbagai
tujuan.
Jabatan hendaklah mematuhi pekeliling yang sedang berkuat kuasa.
PII dikecualikan daripada Data Terbuka.
1.3.2 Aliran Data
Aliran data merujuk kepada laluan lengkap data tertentu semasa transaksi.
Aliran data dan komunikasi dalam Jabatan hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan
dikaji semula secara berkala.
Saluran komunikasi termasuk:
Saluran komunikasi dan aliran data antara sistem dalam Jabatan.
Saluran komunikasi dan aliran data ke sistem luar
Saluran komunikasi dan aliran data ke ruang storan pengkomputeran awan dianggap
sebagai saluran komunikasi luaran.
1.3.3 Platform Aplikasi dan Perisian
Semua platform aplikasi dan perisian hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji
semula secara berkala.
© RAKKSSA
12
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents