RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
6.3 Pengurusan Syarikat Pembekal
Pengurusan syarikat pembekal merangkumi pengurusan pembekal yang
menyediakan perkakasan dan perisian, perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan
terurus sumber luaran.
6.3.1 Pemilihan
Pemilihan syarikat pembekal hendaklah mengikut peraturan semasa yang sedang
berkuat kuasa dan berdasarkan rangka kerja keselamatan siber ini. Jabatan
hendaklah memilih syarikat pembekal yang mempunyai pendaftaran sah dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang yang berkaitan.
Syarikat pembekal yang mempunyai pensijilan keselamatan yang berkaitan
hendaklah diberi keutamaan.
Semua wakil syarikat pembekal hendaklah mempunyai kelulusan keselamatan
daripada agensi berkaitan.
Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat pembekal hendaklah melalui
penilaian teknikal untuk memastikan keperluan keselamatan dipenuhi.
Jawatan kuasa penilaian teknikal boleh melaksanakan penilaian teknikal atau
bertindak ke atas penilaian pihak ketiga melalui laporan yang dikemukakan oleh
syarikat pembekal.
Laporan penilaian pihak ketiga yang dikemukakan oleh syarikat pembekal hendaklah
disemak berdasarkan faktor-faktor seperti yang berikut:
(a) badan penilai pihak ketiga adalah bebas dan berintegriti;
(b) badan penilai pihak ketiga adalah kompeten;
(c) kriteria penilaian;
(d) parameter pengujian;
(e) andaian yang dibuat berkaitan dengan skop penilaian.
6.3.2 Kontrak
Kontrak hendaklah mengandungi semua elemen yang terpakai seperti yang
terkandung dalam rangka kerja keselamatan siber.
6.3.3 Pemantauan
Pemantauan syarikat pembekal hendaklah dilaksanakan kepada semua
perkhidmatan sumber luaran. Pemantauan syarikat pembekal hendaklah
dilaksanakan selaras dengan kontrak yang dipersetujui.
© RAKKSSA
33
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents