RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
“Kerajaan hendaklah dibenarkan untuk melaksanakan semakan terhadap kod sumber”
Untuk penyataan di atas, Kerajaan adalah merujuk kepada Jabatan atau CGSO.
Bagi sistem yang mengendalikan Maklumat Rahsia Rasmi, spesifikasi perolehan dan
kontrak komersial hendaklah memasukkan keperluan mandatori seperti yang berikut:
“Pembekal hendaklah membenar Kerajaan hak mencapai kod sumber dan
melaksanakan pengolahan risiko.”
Bagi penyataan di atas, Kerajaan adalah merujuk kepada CGSO.
6.2.4 Kitar Hayat Data
Elemen-elemen sistem yang mengandungi Maklumat Rahsia Rasmi dan Maklumat
Rasmi adalah tertakluk kepada garis panduan yang sedia ada. Pemilik sistem
hendaklah memastikan tindakan dilaksanakan berpandukan garis panduan ini
termasuklah sanitasi data dan pelupusan media fizikal.
Semua spesifikasi perolehan dan kontrak komersial hendaklah mengandungi
keperluan madatori seperti yang berikut:
“Pembekal hendaklah memberi hak mencapai elemen sistem yang
mengandungi Maklumat Rahsia Rasmi dan Maklumat Rasmi dan boleh
mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan”
Spesifikasi perolehan hendaklah menentukan pelupusan data seperti di seksyen
2.3.4.2. Bagi Maklumat Rahsia Rasmi, Maklumat Rasmi dan PII, pelupusan
hendaklah berdasarkan garis panduan semasa.
6.2.5 Kepakaran dan Teknologi Tempatan
Perolehan produk tempatan atau yang dibangun menggunakan teknologi tempatan
hendaklah diberi keutamaan dalam pembangunan dan keseluruhan kitar hayat
system. Kakitangan dan sumber berkaitan sistem hendaklah dipilih untuk
mengurangkan kebergantungan kepada sumber luaran, kepakaran dan teknologi
asing.
6.2.6 Kompetensi Pasukan Projek
Penyediaan spesifikasi perolehan hendaklah memasukkan keperluan pensijilan
minimum keselamatan maklumat bagi pasukan projek.
© RAKKSSA
32
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents