RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 memelihara integriti data. Di samping itu, teknologi untuk menentukan asal data dan tanpa sangkalan mungkin diperlukan. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data dalam penggunaan. Teknologi untuk memastikan asal data dan data/transaksi tanpa-sangkal boleh digunakan oleh Jabatan. 2.2.1.4 Perlindungan Ketirisan Data Teknologi perlindungan ketirisan data bertujuan untuk menghalang pengguna yang sah daripada menyebarkan maklumat tanpa kebenaran. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk menghalang atau mengesan ketirisan data. 2.2.2 Elemen Dalam Persekitaran Pengkomputeran Berdasarkan penilaian risiko dan pelan pengurusan risiko, Jabatan hendaklah menggunakan teknologi dan kawalan keselamatan yang dapat melindungi data di semua peringkat saluran pemprosesan dan bagi semua elemen dalam persekitaran pengkomputeran. Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah disimpan dan diproses dalam elemen persekitaran pengkomputeran yang disahkan oleh CGSO. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat terperinci berhubung seni bina sistem, teknologi dan kawalan keselamatan bagi setiap kategori elemen di bawah:  Peranti pengkomputeran peribadi  Peranti Rangkaian  Aplikasi  Pelayan  Persekitaran fizikal 2.2.2.1 Peranti Pengkomputeran Peribadi Peranti pengkomputeran peribadi merujuk kepada peranti komputer yang digunakan oleh manusia untuk berinteraksi dengan sistem. Contoh peranti pengkomputeran peribadi adalah komputer riba, stesen kerja, telefon pintar, tablet, dan peranti storan. Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampenggunaan, data-dalam-pergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang © RAKKSSA 18

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents