RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 2.1.3 Pengasingan Tugas Bagi mengekalkan prinsip sekat-dan-imbang, Jabatan hendaklah melaksanakan pengasingan tugas bagi tugas yang kritikal supaya tidak dilaksanakan oleh seorang pengguna sahaja yang bertindak atas kuasa tunggalnya. 2.1.4 Kawalan Capaian Berdasarkan Peranan Capaian sistem hendaklah dihadkan kepada pengguna yang dibenarkan mengikut peranan dalam fungsi tugas mereka dan kebenaran untuk melaksanakan operasi tertentu adalah berdasarkan peranan tersebut. 2.1.5 Peminimuman Data Jabatan hendaklah mengamalkan prinsip peminimuman data yang menghadkan penyimpanan data peribadi kepada yang diperlukan dan disimpan dalam tempoh yang diperlukan sahaja. 2.2 Teknologi Teknologi untuk melindungi data hendaklah dikenal pasti di semua peringkat pemprosesan data dan pada setiap elemen pengkomputeran. 2.2.1 Peringkat Pemprosesan Data 2.2.1.1 Data-dalam-simpanan Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-simpanan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan memelihara integriti data. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data-dalam-simpanan. Maklumat Rahsia Rasmi, Maklumat Rasmi dan PII perlu dilindungi daripada segi kerahsiaan dan integriti data. Data Terbuka perlu dilindungi daripada segi integriti data. 2.2.1.2 Data-dalam-pergerakan Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-pergerakan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan memelihara integriti data. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data-dalam-pergerakan. 2.2.1.3 Data-dalam-penggunaan Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-penggunaan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan © RAKKSSA 17

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents