RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
1.4.5 Pengolahan Risiko
Pengolahan risiko merangkumi elemen proses, teknologi dan manusia hendaklah
dikenal pasti dan dilaksana berdasarkan hasil penilaian risiko.
Pengolahan risiko hendaklah dikenal pasti untuk menentukan sama ada perlu
dielakkan, dikurangkan, diterima atau dipindahkan dengan mengambil kira
kos/faedahnya.
Baki risiko adalah risiko yang tinggal atau berbaki selepas pengolahan risiko
dilaksanakan. Ancaman berkaitan baki risiko dan risiko yang diterima hendaklah
dipantau secara berkala.
1.4.5.1 Teknologi
Teknologi hendaklah dikenal pasti untuk mengelak atau mengurangkan risiko.
Sebagai contoh, tembok api digunakan untuk menghadkan capaian logikal kepada
sistem tertentu.
1.4.5.2 Proses
Jabatan hendaklah sekiranya perlu untuk pengolahan risiko, membangunkan atau
mengemaskini Perekayasaan Proses, Prosedur Operasi Standard dan polisi.
1.4.5.3 Manusia
Jabatan hendaklah mengenal pasti sumber manusia berkelayakan dan kompeten
yang mencukupi serta memastikan pengurusan sumber manusia dilaksanakan
sebagai pengolahan risiko yang berkesan.
1.4.6 Pengurusan Risiko
Jabatan hendaklah mengenal pasti struktur tadbir urus pengurusan risiko untuk:
(i)
mengenal pasti kerentanan;
(ii) mengenal pasti ancaman;
(iii) menilai risiko;
(iv) menentukan pengolahan risiko;
(v) memantau keberkesanan pengolahan risiko; dan
(vi) memantau ancaman yang berkaitan dengan baki risiko dan risiko yang
diterima.
Item (v) dan (vi) di atas hendaklah dijadikan agenda tetap dan dibincangkan sekurangkurangnya dua kali setahun dalam mesyuarat jawatankuasa berkaitan di Jabatan.
© RAKKSSA
15
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents