RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 Saluran komunikasi dan aliran data kepada perkhidmatan ini hendaklah dikenal pasti, direkodkan dan dikaji semula secara berkala. 1.4 Risiko Jabatan hendaklah mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan aset yang telah dikenal pasti. Risiko adalah keberangkalian Jabatan tidak mencapai objektifnya. Penilaian risiko hendaklah dilaksanakan bagi menilai risiko terjejasnya kerahsiaan, integriti dan ketersediaan maklumat dalam aset ICT Jabatan dan aset ICT luaran. Penilaian risiko hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau apabila berlaku sebarang perubahan kepada persekitaran. Pengolahan risiko hendaklah dikenal pasti dan dilaksanakan. 1.4.1 Kerentanan Kerentanan adalah kelemahan atau kecacatan aset yang mungkin dieksploitasikan dan mengakibatkan pelanggaran keselamatan. Kerentanan setiap aset hendaklah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada proses pengurusan risiko. 1.4.2 Ancaman Jabatan hendaklah mengenal pasti kedua-dua ancaman yang disengajakan atau tidak disengajakan yang mungkin mengeksploitasi sebarang kelemahan yang telah dikenal pasti. 1.4.3 Impak Jabatan hendaklah menganggarkan impak insiden yang mungkin terjadi. Impak boleh dikategorikan kepada impak teknikal dan impak berkaitan dengan fungsi Jabatan. Impak teknikal melibatkan perkara-perkara yang menjejaskan kerahsiaan, integriti, ketersediaan dan akauntabiliti. Impak fungsi Jabatan melibatkan perkara-perkara dari segi kewangan, reputasi, ketidakpatuhan dan perlanggaran privasi. 1.4.4 Tahap Risiko Tahap risiko ditentukan daripada ancaman, kebarangkalian dan impak risiko. Kaedah penentuan hendaklah mengikut polisi penilaian atau pengurusan risiko yang sedang berkuat kuasa. © RAKKSSA 14

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents