RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016  Mempunyai kelayakan akademik dalam bidang berkaitan atau sijil profesional keselamatan siber  Memenuhi keperluan pembelajaran berterusan  Menimba pengalaman yang mencukupi dalam bidang keselamatan siber  Memperolehi tapisan keselamatan daripada agensi yang diberi kuasa Pegawai Keselamatan ICT yang dilantik oleh Jabatan hendaklah memenuhi keperluan kompetensi di atas. Pegawai Keselamatan ICT bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan melaksanakan program keselamatan di Jabatan. 2.4.3 Peranan Peranan pengguna hendaklah diberi berdasarkan keperluan dan kompetensi pengguna. Setiap orang yang terlibat dengan Maklumat Rahsia Rasmi, hendaklah menandatangani perjanjian ketakdedahan seperti Arahan Keselamatan. Salinan asal perjanjian yang ditandatangani hendaklah disimpan dengan selamat dan menjadi rujukan masa depan. Tiada hak capaian automatik diberikan kepada individu tanpa mengira tapisan keselamatan mereka. Kakitangan yang berperanan menguruskan aset hendaklah memastikan semua aset Jabatan dikembalikan sekiranya berlaku perubahan peranan. Kakitangan yang terlibat dengan perubahan peranan hendaklah menyerahkan semua aset Jabatan yang berkaitan seperti yang tersenarai dalam senarai aset dalam Nota Serah Tugas. Kakitangan lain yang terlibat dengan perubahan peranan hendaklah menyerahkan semua aset Jabatan dengan diselia oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan oleh Jabatan. © RAKKSSA 25

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents