RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
Akta Arkib Negara memberi mandat bahawa rekod kewangan hendaklah disimpan
selama tujuh tahun dan rekod umum selama lima tahun.
Bagi pelupusan data, sila rujuk seksyen 2.3.4.2.
2.4 Manusia
Kakitangan Jabatan, pembekal, pakar runding dan pihak-pihak yang berkepentingan,
hendaklah memahami peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka hendaklah
mematuhi terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat
kuasa.
Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan hendaklah dikendalikan oleh individu
yang kompeten dan berpengetahuan. Kakitangan hendaklah dilatih dalam bidang
pengkhususan yang diperlukan.
Asas kecekapan pengguna hendaklah dibangunkan bagi semua pekerja dalam
Jabatan.
2.4.1 Kompetensi Pengguna
Kompetensi pengguna termasuk:
Kesedaran amalan terbaik keselamatan maklumat.
Jabatan hendaklah memupuk amalan baik Keselamatan ICT dengan
mewujudkan komunikasi ICT dan program kesedaran untuk memaklumkan
kepentingan keselamatan ICT.
Kemahiran menggunakan alat keselamatan
Jabatan hendaklah menyediakan latihan yang mencukupi kepada kakitangan
berhubung alat-alat keselamatan berkaitan untuk memastikan mereka mampu
untuk melaksanakan tugas harian mereka.
Kompetensi pengguna hendaklah tertakluk kepada penilaian berkala melalui ujian
mendalam.
Setiap orang yang diberi kuasa untuk mengendalikan dokumen terperingkat,
kompetensi tambahan pengguna selaras dengan arahan/pekeliling semasa adalah
diharapkan.
2.4.2 Kompetensi Pelaksana
Kakitangan yang menguruskan aset ICT hendaklah memenuhi keperluan kecekapan
minimum mengikut spesifikasi kerja mereka.
Pegawai keselamatan ICT hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
© RAKKSSA
24
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents