RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
(vi) Peroleh adalah untuk memastikan kawalan keselamatan dan keperluankeperluan yang dikuatkuasakan dalam keseluruhan kitar hayat sistem baik bagi
perolehan luaran mahu pun perolehan bagi pembangunan secara dalaman.
Komponen ini merupakan komponen penting yang meliputi spesifikasi perolehan,
pengurusan syarikat pembekal, jejak sumber, kitar hayat pembangunan sistem,
pentauliahan dan pelucutan pentauliahan serta pelupusan sistem;
(vii) Audit Keselamatan and (viii) Kuat Kuasa merentasi semua komponen bagi
mengariskan skop audit dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh agensi
audit dan pihak berkuasa penguatkuasaan.
Rangka kerja ini juga menjelaskan tatacara pengendalian Maklumat Rahsia
Rasmi dan keperluan merujuk kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan (CGSO) bagi urusan berkaitan pewujudan, pengkelasan, pengendalian,
simpanan, premis dan pelupusan maklumat.
Aspek penting rangka kerja ini adalah untuk memastikan prinsip keselamatan yang
bersesuaian dipenuhi berdasarkan penilaian risiko dan pengolahan risiko yang
diperlukan.
© RAKKSSA
2