RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 5.0 PULIH Ketersediaan maklumat adalah penting bagi penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Sehubungan dengan itu, Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan Pelan Pemulihan Bencana ICT yang efektif dan berfungsi dengan baik perlu disedia dan dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan. 5.1 Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan Pemulihan Bencana ICT Jabatan hendaklah membangunkan Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan Pelan Pemulihan Bencana ICT (ICT DRP). Objektif pelan adalah untuk memastikan perkhidmatan atau fungsi kritikal Jabatan tidak terjejas walau pun berlaku gangguan. Pelan tersebut hendaklah menyenaraikan tugas dan tanggungjawab serta mengenal pasti keutamaan perkhidmatan kritikal yang perlu dipulihkan segera apabila berlaku gangguan/bencana. Simulasi dan penilaian kerap ICT DRP hendaklah dilaksanakan bagi memastikan ianya kekal relevan dan untuk memastikan kesiapsiagaan pasukan pemulihan bencana. Lokasi dan infrastruktur bagi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) hendaklah disahkan oleh CGSO. 5.2 Penambahbaikan Jabatan hendaklah melaksana penambahbaikan berterusan menerusi latihan simulasi terhadap plan sekurang-kurangnya setahun sekali atau apabila berlaku perubahan dalam pelan. © RAKKSSA 30

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents