RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
3.0 KESAN
Seksyen ini menerangkan mekanisme pengesanan terhadap aktiviti yang berniat jahat,
sama ada secara fizikal atau secara elektronik.
3.1 Pemantauan Berterusan
Terdapat banyak peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan pemantauan
berterusan terhadap sistem ICT secara masa sebenar atau secara berkala.
3.1.1 Teknologi
Teknologi yang digunakan untuk pemantauan berterusan boleh ditempatkan secara
berpusat bagi menjalankan analisis terhadap log yang dikumpulkan dari pelbagai
sistem.
Log sistem ICT adalah merupakan bukti yang didokumenkan dan adalah merupakan
turutan kejadian bagi setiap aktiviti yang berlaku pada sistem. Log ini hendaklah
mengandungi maklumat seperti pengenalpastian terhadap akses yang tidak
dibenarkan, aktiviti-aktiviti yang tidak normal serta aktiviti-aktiviti yang tidak dapat
dijelaskan.
Log/Jejak audit hendaklah disimpan dan direkodkan selaras dengan arahan/pekeliling
sedia ada yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Log/Jejak audit hendaklah dikawal bagi
mengekalkan integriti data. Analisis ke atas log/jejak audit hendaklah dilakukan secara
bulanan bagi mengesan:
Kegagalan capaian
Penggunaan yang tidak normal, contohnya akses terhadap sistem di luar waktu
kebiasaan, kekerapan akses dan tempoh penggunaan yang berlainan dari
kebiasaan
Capaian ke atas rekod-rekod terhad
Transaksi yang tertentu
Penggunaan sumber yang sensitif, contohnya cek kosong, pasport, sijil
peperiksaan, sijil kelahiran
Pemantauan berterusan boleh dibuat secara automatik dengan menggunakan
perisian tertentu sebagai contoh pengimbas virus, algoritma check sum, password
cracker, semakan integriti, pengesanan penceroboh dan analisis pemantauan
prestasi sistem ICT.
© RAKKSSA
26
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents