RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
2.2.5.1
Aliran Data
Aliran data bagi Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah diasingkan daripada aliran Data
Terbuka dan PII. Selain itu, aliran data bagi empat kategori Maklumat Rahsia Rasmi
hendaklah juga diasingkan.
2.2.5.2
Persekitaran
Pengasingan persekitaran untuk pembangunan, pengujian, peringkat dan produksi
hendaklah dilaksanakan.
2.2.5.3
Rangkaian
Pelayan yang mengehos rangkaian hendaklah mengasingkan capaian umum dan
persendirian. Pengasingan capaian persendirian mungkin perlu berdasarkan
penilaian risiko. Sebagai contoh, bagi perkhidmatan untuk capaian dari internet,
pelayan dan pangkalan datanya mungkin perlu dihoskan dalam segmen rangkaian
yang berasingan dan membenarkan saling hubung yang terhad.
Jabatan hendaklah melaksanakan segmen rangkaian yang berasingan bagi peranti
pengkomputeran peribadi milik persendirian untuk capaian internet bagi urusan tidak
rasmi.
2.3 Proses
2.3.1 Konfigurasi Asas
Semua sistem hendaklah mempunyai satu konfigurasi asas yang direkodkan dan
menjadi pra-syarat pentauliahan sistem.
Konfigurasi asas yang baharu hendaklah diwujudkan selaras dengan prosedur
kawalan perubahan.
2.3.2 Kawalan Perubahan Konfigurasi
Prosedur kawalan perubahan konfigurasi hendaklah diwujud dan dilaksanakan bagi
perubahan kepada sistem, termasuk tampalan perisian, pakej perkhidmatan,
konfigurasi rangkaian dan pengemaskinian sistem operasi.
Sebarang perubahan yang tidak termasuk dalam konfigurasi asas hendaklah
diluluskan oleh personel/jawatankuasa yang dilantik atau diberi kuasa berdasarkan
prosedur kawalan perubahan konfigurasi. Hasil perubahan ini menjadi konfigurasi
asas terkini.
Berdasarkan jangkaan impak perubahan, personel/jawatankuasa yang dilantik atau
diberi kuasa hendaklah menentukan keperluan untuk melaksanakan Penilaian Tahap
Keselamatan.
© RAKKSSA
22
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents