RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
Lapan (8) komponen utama RAKKSSA adalah seperti yang berikut :
Komponen
Objektif
Kenal Pasti
Mengenal pasti persekitaran fungsi Jabatan, polisi dan struktur
tadbir urus serta aset yang perlu dilindungi, risiko berkaitan dan
pengurusan risiko.
Lindung
Menentukan prinsip-prinsip keselamatan, kompetensi manusia,
proses dan teknologi yang diperlukan bagi bagi memitigasi risikorisiko yang telah dikenal pasti. Kompetensi manusia merupakan
faktor penentu penggunaan teknologi yang betul dan mematuhi
proses.
Kesan
Mengesan ancaman serangan berniat jahat dengan menekankan
kepada anomali dalam penggunaan dan corak trafik rangkaian. Ini
termasuk pemantauan berterusan dan penentuan maklumat asas.
Tindak Balas Bertindak balas kepada serangan berniat jahat semasa dan
selepas kejadian. Ini termasuk menyalurkan maklumat kepada
pemegang taroh dan makluman kepada orang awam.
Pulih
Melaksanakan tindakan pemulihan terhadap kerosakan yang
disebabkan oleh serangan berniat jahat dan kegagalan sistem
untuk memastikan ketersediaan data.
Peroleh
Memastikan keperluan dan langkah-langkah keselamatan
dilaksanakan pada setiap peringkat kitar hayat sistem. Ini termasuk
spesifikasi perolehan, pengurusan syarikat pembekal, jejak
sumber, kitar hayat pembangunan sistem, proses pentauliahan dan
pelucutan pentauliahan sehingga sistem pelupusan. Perolehan
sistem boleh merupakan pembangunan secara luaran atau
dibangunkan secara dalaman.
Audit
Menggariskan skop audit dan pihak berkuasa audit.
Keselamatan
Kuat Kuasa
Menggariskan skop
penguatkuasaan.
penguatkuasaan
dan
pihak
berkuasa
Jabatan hendaklah menggunakan rangka kerja ini untuk membangunkan Pelan
Pengurusan Keselamatan Maklumat mengikut susunan dokumen ini. Audit
Keselamatan dan Kuat Kuasa merupakan dua komponen yang merentasi semua
komponen.
© RAKKSSA
9
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents