RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 PENGENALAN Salah satu langkah dalam transformasi Sektor Awam di Malaysia adalah penggunaan ICT untuk meningkatkan kecekapan dalam Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. Ini bermakna maklumat atau data disimpan dan diproses dalam bentuk digital, atau dalam erti kata lain, dalam ruang siber. Sehubungan itu, banyak pekeliling dan arahan berkenaan keselamatan siber telah dikeluarkan sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun, arahan-arahan tersebut dikeluarkan secara berasingan dan mengandungi perincian yang menyukarkan perubahan untuk mengikut perkembangan teknologi. Jadi, suatu rangka kerja keselamatan siber yang menyeluruh amat diperlukan. Rangka kerja keselamatan siber ini bertujuan memberi panduan asas serta merangkumi kesemua komponen keselamatan yang perlu diambil kira oleh kementerian dan agensi sektor awam untuk melindungi maklumat dalam ruang siber mereka. © RAKKSSA 3

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents