RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
4.0 TINDAK BALAS
Seksyen ini menerangkan tindak balas terhadap aktiviti berniat jahat yang dikesan.
Apabila berlaku insiden keselamatan siber, pelan tindak balas hendaklah
dilaksanakan oleh Jabatan. Analisis lanjut, tindakan mitigasi dan penambahbaikan
hendaklah dilaksanakan oleh Jabatan atas nasihat daripada agensi berkaitan.
Komunikasi kepada orang awam adalah perlu untuk menyampaikan maklumat yang
tepat dan terkini.
4.1 Pelan Tindak balas
Jabatan hendahlak mematuhi peraturan semasa berhubung tindak balas keselamatan
siber.
Pelan tindak balas keselamatan siber hendaklah dismulasi secara berkala dan dinilai
bagi memastkan ia masih releven dan pasukan pengendali insiden adalah terlatih dan
dapat mengenal pasti dan mengendalikan insiden.
Insiden keselamatan siber yang melibatkan Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah
dirujuk kepada CGSO untuk tindakan selanjutnya.
4.2 Komunikasi
Komunikasi kepada orang awam bagi insiden keselamatam siber melibatkan yang
Jabatan tertentu hendaklah dilakukan oleh Jabatan tersebut. Bagi kirisis nasional,
komunikasi kepada orang awam hendaklah dilakukan oleh agensi berkaitan.
4.3 Analisis
Jabatan bertanggung jawab untuk melaksanakan analisis ke atas insiden
keselamatan siber dan hendaklah mengemukakan laporan analisis tersebut kepada
agensi berkaitan bagi tujuan rekod atau mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya
Jabatan tidak berupaya mengendalikan insiden tersebut, analisis hendaklah dilakukan
oleh agensi berkaitan.
Agensi yang mengendalikan insiden hendaklah menyediakan nasihat teknikal atau
cadangan kawalan bagi menangani keretanan tersebut.
4.4
Mitigasi
Jabatan hendaklah membangunkan pelan mitigasi untuk mengurangkan kerosakan
dan memastikan kesinambungan perkhidmatan.
© RAKKSSA
28
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents