RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 2.2.3.4 Kebenaran Pengguna Setelah seseorang pengguna disahkan, sistem hendaklah menentu dan memberikan akses yang dibenarkan kepada pengguna tersebut. Kebenaran pengguna hendaklah diberi berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang telah dikenal pasti. Aplikasi Sektor Awam disyor menggunakan kawalan capaian berdasarkan peranan. 2.2.4 Kriptografi Kriptografi merupakan alat yang penting dan asas untuk menguruskan keselamatan ICT. Objektif utama keselamatan maklumat yang dipenuhi oleh alat kriptografi asas adalah: (i) Kerahsiaan melalui penyulitan (ii) Integriti data melalui fungsi hash, Kod Pengesahan Mesej (MAC) dan tandatangan digital (iii) Jaminan pengesahan sumber data melalui MAC dan tandatangan digital (iv) Tanpa-sangkalan melalui tandatangan digital. (v) Jaminan pengesahan entiti melalui protokol kriptografi. Protokol kriptografi merupakan proses langkah demi langkah antara dua atau lebih entiti untuk mencapai matlamat keselamatan. Alat kriptografi asas digunakan dalam protokol kriptografi. Pengurusan kunci kriptografi hendaklah berdasarkan penilaian risiko. Algoritma kriptografi yang digunakan untuk melindungi maklumat dalam pelbagai peringkat saluran pemprosesan hendaklah mematuhi peraturan semasa yang berkuat kuasa. Penggunaan Produk Kriptografi Terpercaya adalah mandatori bagi pengendalian Maklumat Rahsia Rasmi. Untuk mengendalikan Maklumat Rasmi, penggunaan Produk Kriptografi Terpercaya adalah digalakkan. Produk kriptografi lain yang digunapakai oleh pihak industri juga boleh digunakan untuk mengendalikan Maklumat Rasmi. 2.2.5 Pengasingan Jabatan hendaklah memastikan pengasingan aliran data, persekitaran dan rangkaian bagi setiap kategori maklumat, iaitu Maklumat Rahsia Rasmi, Maklumat Rasmi, PII dan Data Terbuka untuk mengurangkan risiko keselamatan. © RAKKSSA 21

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents