RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
2.0 LINDUNG
Bahagian ini menyediakan mekanisme perlindungan yang diperlukan yang meliputi
prinsip, teknologi, proses dan manusia.
Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi semua faktor
dalam seksyen ini berdasarkan penilaian risiko dan pelan pengurusan risiko.
Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat yang
berikut:
2.1 Prinsip Keselamatan
Prinsip keselamatan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko dan kategori data
yang dikendalikan oleh sistem.
Objektif utama keselamatan maklumat adalah:
Kerahsiaan
Integriti
Ketersediaan
Tanpa Sangkalan
Pengesahan
Bagi mencapai objektif tersebut, Jabatan hendaklah melaksanakan prinsip
keselamatan seperti berikut:
2.1.1 Prinsip “Perlu-Tahu”
Jabatan hendaklah melaksanakan mekanisme bagi memberi kebenaran kepada
capaian maklumat. Maklumat yang dicapai oleh pengguna yang dibenarkan
hendaklah berdasarkan prinsip “Perlu-Tahu” yang memberikan capaian maklumat
yang diperlukan untuk melaksanakan tugasnya sahaja.
Bagi capaian spesifik Maklumat Rahsia Rasmi, penggunaan yang dibenarkan
hendaklah dihadkan kepada masa, lokasi dan status bekerja pengguna tersebut.
2.1.2 Hak Keistimewaan Minimum
Pengguna hendaklah diberikan hak keistimewaan minimum untuk menjalankan
tugasnya.
© RAKKSSA
16
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents