RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
1.0 KENAL PASTI
Langkah pertama dalam perancangan keselamatan siber adalah mengenal pasti
persekitaran fungsi dan perkhidmatan Jabatan, struktur tadbir urus dan aset dalam
skop perlindungan. Langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti kerentanan dan
ancaman ke atas aset atau persekitaran fungsi dan perkhidmatan Jabatan.
Risiko merupakan kebarangkalian dan impak sesuatu insiden berlaku berpunca
daripada kerentanan dan ancaman yang dikenal pasti.
Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan tanggungjawab pemilik aset dan
pemilik risiko dalam struktur tadbir urus. Pemilik risiko hendaklah memastikan
pengolahan risiko merangkumi proses, teknologi dan manusia.
1.1 Persekitaran Perkhidmatan dan Fungsi Jabatan
Persekitaran perkhidmatan dan fungsi Jabatan merujuk kepada peranan Jabatan dan
kebergantungannya kepada sumber lain untuk melaksanakan peranan yang
ditetapkan.
1.1.1 Peranan Jabatan
Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan objektifnya.
1.1.2 Kebergantungan Jabatan
Sekiranya wujud keperluan bagi Jabatan untuk berurusan dengan sumber lain dalam
melaksanakan peranannya, sebarang interaksi dan kebergantungan hendaklah
dikenal pasti.
1.2 Tadbir Urus
Struktur tadbir urus bagi pengurusan keselamatan siber hendaklah dikenal pasti.
Struktur tadbir urus spesifik di peringkat pusat, Jabatan dan projek hendaklah
diwujudkan untuk merancang, mengurus dan mengawal polisi serta fungsi yang
berkaitan dengan keselamatan maklumat.
1.2.1 Peranan dan Tanggungjawab
Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan tanggungjawab struktur tadbir urus
di setiap peringkat.
© RAKKSSA
10
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents