RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 GAMBARAN KESELURUHAN RANGKA KERJA KESELAMATAN SIBER SEKTOR AWAM Objektif RAKKSSA adalah bagi memastikan keselamatan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam sekaligus meningkatkan tahap keyakinan kepada pihak berkepentingan (agensi Kerajaan, industri dan orang awam). Persekitaran pembolehdaya bagi RAKKSSA merangkumi jalinan kerjasama rakan strategik RAKKSSA iaitu MAMPU, CGSO, CSM dan MIMOS, tadbir urus dan pengurusan perubahan memastikan rangka kerja ini dilaksanakan dengan lancar dan diselenggara. RAKKSSA terdiri daripada lapan (8) komponen utama seperti yang digambarkan dalam Rajah 2. Rajah 2: Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) © RAKKSSA 8

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents