RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
TATACARA PENGGUNAAN DOKUMEN
Dokumen ini hendaklah digunakan sebagai dokumen rujukan bagi agensi Sektor
Awam Malaysia dalam menyediakan polisi keselamatan siber masing-masing.
Di peringkat projek, dokumen ini hendaklah dirujuk untuk merangka Pelan
Pengurusan Keselamatan Maklumat. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat
hendaklah mengandungi maklumat mengikut struktur rangka kerja yang terdapat
dalam dokumen ini. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah disemak
semula secara tahunan atau lebih kerap mengikut keperluan.
Kawalan tambahan boleh dibangunkan dan diguna pakai untuk mengambil kira
keperluan tahap keselamatan yang lebih tinggi bagi sektor tertentu seperti
penguatkuasaan undang-undang, keselamatan nasional.
Dokumen tambahan boleh dibangunkan oleh Kerajaan untuk memperincikan aspek
tertentu dalam rangka kerja ini.
Agensi pengauditan boleh menggunakan dokumen ini untuk memastikan Pelan
Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan sistem ICTadalah lengkap dan
menentukan tahap keselamatan dan kematangan sistem.
Rajah 1 menerangkan kepada agensi-agensi Sektor Awam berkenaan hirarki
dokumen yang perlu dirujuk bagi merancang perlindungan keselamatan siber.
Rajah 1 : Hirarki Rujukan Dokumen
Terdapat tiga (3) peringkat dalam pembangunan polisi keselamatan siber. Peringkat
teratas adalah halatuju polisi umum melalui Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor
Awam (RAKKSSA) dan Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam. Peringkat seterusnya
adalah Polisi Keselamatan Siber Jabatan yang memberi perhatian kepada isu-isu
khusus Jabatan. Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat dengan berpandukan
RAKKSSA, Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam, Polisi Keselamatan Siber Jabatan
© RAKKSSA
6
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents