RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
7.0 AUDIT KESELAMATAN
Seksyen ini menerangkan mekanisme audit keselamatan yang diperlukan untuk
mengesan amalan ketidak patuhan. Semua audit keselamatan yang dilaksanakan
terhadap instalasi, persekitaran atau premis ICT Sektor Awam hendaklah mematuhi
Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam, Polisi Keselamatan Siber Jabatan, pekeliling/
peraturan/garis panduan yang berkuat kuasa.
7.1 Tahap Kematangan
Hasil audit menunjukkan tahap kematangan sesebuah jabatan yang diaudit. Setiap
Jabatan mempunyai tahap kematangan yang diharapkan.
Tahap kematangan hendaklah ditentukan.
7.2 Audit Dalam
Semakan audit dalam adalah perlu bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan
dan polisi yang berkuat kuasa.
Pasukan audit dalam yang terlatih hendaklah ditubuhkan bagi melaksanakan audit
dalam.
Audit Pematuhan ICT hendaklah dilaksanakan setiap tahun. Skop pematuhan ICT
hendaklah meliputi pematuhan terhadap Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat
bagi setiap projek Jabatan.
Lain-lain audit dalam termasuk audit ISMS,
Perkhidmatan dan audit Pemulihan Bencana.
Pengurusan
Kesinambungan
7.3 Audit Luar
Semakan audit luar adalah perlu bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan
polisi yang sedang berkuat kuasa dan hasil semakan semula audit dalam.
Audit luar hendaklah dilaksanakan oleh pihak yang tiada kepentingan terhadap
Jabatan dan sistem yang diaudit.
Pensijilan khas audit luar seperti ISMS, Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan
dan Common Criteria, hendaklah dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
© RAKKSSA
36
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents