RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 6.4 Jejak Sumber Jejak sumber merujuk kepada sejarah lengkap pergerakan aset daripada asalnya sehingga kepada Jabatan. Proses perolehan hendaklah memastikan rekod lengkap jejak sumber sepanjang kitar hayat sistem. Jejak sumber hendaklah merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan perkakasan dan perisian. 6.5 Kitar Hayat Sistem Aspek keselamatan hendaklah dimasukkan ke dalam semua fasa kitar hayat pembangunan sistem termasuk pengkonsepan perisian, pengumpulan keperluan, reka bentuk, pelaksanaan, ujian, penerimaan, pasang atur, penyelenggaraan dan pelupusan. Perancangan bagi Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat disarankan mengikut peringkat yang diterangkan dalam kebanyakan model Kitar Hayat Sistem ICT. 6.6 Proses Pentauliahan 6.6.1 Pentadbir Tindakan melaksanakan konfigurasi asal adalah peranan pentadbir. Fungsi pentadbir hendaklah satu peranan yang diberikan kepada pengguna tertentu dalam sistem. Peranan pentadbir boleh diberi dan dilucutkan oleh pentadbir lain. Sekurang-kurangnya dua pentadbir diperlukan dalam sistem. Semasa proses pentauliahan, pengguna pertama hendaklah diberikan peranan sebagai pentadbir. Pengguna pertama boleh melantik pengguna-pengguna lain sebagai pentadbir dengan hak yang sama. Pengguna pertama boleh dilucutkan peranan sebagai pentadbir oleh pentadbir lain. 6.6.2 Penilaian Tahap Keselamatan Penilaian tahap keselamatan hendaklah dilaksanakan sebelum pentauliahan sistem dan secara berkala semasa pelaksanaan dan apabila terdapat perubahan pada persekitaran. 6.7 Proses Pelucutan Pentauliahan 6.7.1 Sandaran dan Ujian Pemulihan Sandaran hendaklah berjaya dilaksanakan sebelum pelucutan pentauliahan. © RAKKSSA 34

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents