RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 6.3 Pengurusan Syarikat Pembekal Pengurusan syarikat pembekal merangkumi pengurusan pembekal yang menyediakan perkakasan dan perisian, perkhidmatan perundingan dan perkhidmatan terurus sumber luaran. 6.3.1 Pemilihan Pemilihan syarikat pembekal hendaklah mengikut peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa dan berdasarkan rangka kerja keselamatan siber ini. Jabatan hendaklah memilih syarikat pembekal yang mempunyai pendaftaran sah dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang yang berkaitan. Syarikat pembekal yang mempunyai pensijilan keselamatan yang berkaitan hendaklah diberi keutamaan. Semua wakil syarikat pembekal hendaklah mempunyai kelulusan keselamatan daripada agensi berkaitan. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat pembekal hendaklah melalui penilaian teknikal untuk memastikan keperluan keselamatan dipenuhi. Jawatan kuasa penilaian teknikal boleh melaksanakan penilaian teknikal atau bertindak ke atas penilaian pihak ketiga melalui laporan yang dikemukakan oleh syarikat pembekal. Laporan penilaian pihak ketiga yang dikemukakan oleh syarikat pembekal hendaklah disemak berdasarkan faktor-faktor seperti yang berikut: (a) badan penilai pihak ketiga adalah bebas dan berintegriti; (b) badan penilai pihak ketiga adalah kompeten; (c) kriteria penilaian; (d) parameter pengujian; (e) andaian yang dibuat berkaitan dengan skop penilaian. 6.3.2 Kontrak Kontrak hendaklah mengandungi semua elemen yang terpakai seperti yang terkandung dalam rangka kerja keselamatan siber. 6.3.3 Pemantauan Pemantauan syarikat pembekal hendaklah dilaksanakan kepada semua perkhidmatan sumber luaran. Pemantauan syarikat pembekal hendaklah dilaksanakan selaras dengan kontrak yang dipersetujui. © RAKKSSA 33

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents