RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 6.0 PEROLEH Seksyen ini menerangkan mekanisme bagi perolehan dan pentauliahan sistem yang kukuh dan berdaya tahan daripada aktiviti berniat jahat serta merangkumi keseluruhan kitaran hayat aset. Perolehan ini boleh dilaksanakan melalui tender, sebut harga dan rundingan terus mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa. 6.1 Kenal Pasti Keperluan Jabatan hendaklah mengenal pasti keperluan sebelum sebarang perolehan dilaksanakan sama ada perolehan daripada syarikat pembekal atau pembangunan secara dalaman. 6.2 Spesifikasi Perolehan Spesifikasi perolehan hendaklah mengandungi klausa tertentu berhubung keperluan keselamatan, pensijilan keselamatan produk, ketersediaan kod sumber, keperluan pelupusan data, keutamaan terhadap teknologi dan kepakaran tempatan, serta keperluan kompetensi pasukan pembangunan. 6.2.1 Keperluan Keselamatan Keperluan keselamatan siber hendaklah menentukan kawalan yang diperoleh atau dibangunkan untuk memastikan pengolahan risiko bagi risiko yang dikenal pasti adalah selaras dengan rangka kerja keselamatan siber ini. 6.2.2 Pensijilan Keselamatan Pensijilan keselamatan bagi produk dan perkhidmatan serta tahap pensijilan hendaklah ditetapkan dan terhad kepada pensijilan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Projek pembangunan sistem hendaklah juga tertakluk kepada keperluan pensijilan keselamatan. Pemilik sistem hendaklah memastikan pensijilan keselamatan yang berkaitan dilaksanakan ke atas sistem yang dibangunkan. Pematuhan kepada standard keselamatan ICT adalah penting bagi memastikan keteguhan keselamatan ICT dan boleh beroperasi antara satu sama lain. 6.2.3 Kod Sumber Semua spesifikasi perolehan dan kontrak komersial hendaklah mengandungi keperluan mandatori seperti yang berikut : © RAKKSSA 31

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents