RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
5.0 PULIH
Ketersediaan maklumat adalah penting bagi penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Sehubungan dengan itu, Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan Pelan
Pemulihan Bencana ICT yang efektif dan berfungsi dengan baik perlu disedia dan
dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan.
5.1 Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan
Pemulihan Bencana ICT
Jabatan hendaklah membangunkan Pelan Pengurusan Kesinambungan
Perkhidmatan dan Pelan Pemulihan Bencana ICT (ICT DRP). Objektif pelan adalah
untuk memastikan perkhidmatan atau fungsi kritikal Jabatan tidak terjejas walau pun
berlaku gangguan. Pelan tersebut hendaklah menyenaraikan tugas dan
tanggungjawab serta mengenal pasti keutamaan perkhidmatan kritikal yang perlu
dipulihkan segera apabila berlaku gangguan/bencana.
Simulasi dan penilaian kerap ICT DRP hendaklah dilaksanakan bagi memastikan
ianya kekal relevan dan untuk memastikan kesiapsiagaan pasukan pemulihan
bencana.
Lokasi dan infrastruktur bagi Pusat Pemulihan Bencana (DRC) hendaklah disahkan
oleh CGSO.
5.2 Penambahbaikan
Jabatan hendaklah melaksana penambahbaikan berterusan menerusi latihan simulasi
terhadap plan sekurang-kurangnya setahun sekali atau apabila berlaku perubahan
dalam pelan.
© RAKKSSA
30
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents