RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 4.0 TINDAK BALAS Seksyen ini menerangkan tindak balas terhadap aktiviti berniat jahat yang dikesan. Apabila berlaku insiden keselamatan siber, pelan tindak balas hendaklah dilaksanakan oleh Jabatan. Analisis lanjut, tindakan mitigasi dan penambahbaikan hendaklah dilaksanakan oleh Jabatan atas nasihat daripada agensi berkaitan. Komunikasi kepada orang awam adalah perlu untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini. 4.1 Pelan Tindak balas Jabatan hendahlak mematuhi peraturan semasa berhubung tindak balas keselamatan siber. Pelan tindak balas keselamatan siber hendaklah dismulasi secara berkala dan dinilai bagi memastkan ia masih releven dan pasukan pengendali insiden adalah terlatih dan dapat mengenal pasti dan mengendalikan insiden. Insiden keselamatan siber yang melibatkan Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah dirujuk kepada CGSO untuk tindakan selanjutnya. 4.2 Komunikasi Komunikasi kepada orang awam bagi insiden keselamatam siber melibatkan yang Jabatan tertentu hendaklah dilakukan oleh Jabatan tersebut. Bagi kirisis nasional, komunikasi kepada orang awam hendaklah dilakukan oleh agensi berkaitan. 4.3 Analisis Jabatan bertanggung jawab untuk melaksanakan analisis ke atas insiden keselamatan siber dan hendaklah mengemukakan laporan analisis tersebut kepada agensi berkaitan bagi tujuan rekod atau mendapatkan khidmat nasihat. Sekiranya Jabatan tidak berupaya mengendalikan insiden tersebut, analisis hendaklah dilakukan oleh agensi berkaitan. Agensi yang mengendalikan insiden hendaklah menyediakan nasihat teknikal atau cadangan kawalan bagi menangani keretanan tersebut. 4.4 Mitigasi Jabatan hendaklah membangunkan pelan mitigasi untuk mengurangkan kerosakan dan memastikan kesinambungan perkhidmatan. © RAKKSSA 28

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents