RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
3.1.2 Perkongsian Wawasan Dan Kecerdasan
Pusat Kawalan dan Koordinasi Siber Negara (NC4) menyediakan platform bagi
perkongsian maklumat berkaitan insiden siber untuk seluruh Prasarana Maklumat
Kritikal Negara (CNII).
CNII merujuk kepada aset (fizikal dan maya), sistem dan fungsi yang penting kepada
negara dan kepincangan terhadap fungsi-fungsi kritikal ini akan memberikan impak
yang besar kepada pertahanan dan keselamatan negara, kekuatan ekonomi negara,
imej negara, kemampuan Kerajaan untuk berfungsi, kesihatan dan keselamatan
orang awam.
3.2 Anomali dan Peristiwa
3.2.1 Aliran Data Asas
Sistem yang digunakan hendaklah mengumpul data asas semasa proses
pentauliahan sistem. Data asas adalah diperlukan sebagai rujukan apabila terdapat
perubahan pada sistem.
3.2.2 Pengagregatan Data
Data dari pelbagai sistem hendaklah dikumpulkan.
3.2.3 Korelasi
Perhubungan/pertalian antara peristiwa dari pelbagai sistem hendaklah dilakukan
bagi mengenalpasti anomali/keganjilan.
3.2.4 Pemberitahuan
Mekanisme berjaga-jaga hendaklah disedia dan diaktifkan apabila terdapat serangan
siber. NC4 menyediakan platfom bagi semua organisasi CNII untuk memberi
makluman berhubung ancaman siber.
3.2.5 Kenal Pasti Impak
Agensi berkaitan hendaklah menganalis impak serangan siber untuk menentukan
tindak balas yang sewajarnya.
© RAKKSSA
27
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents