RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 Akta Arkib Negara memberi mandat bahawa rekod kewangan hendaklah disimpan selama tujuh tahun dan rekod umum selama lima tahun. Bagi pelupusan data, sila rujuk seksyen 2.3.4.2. 2.4 Manusia Kakitangan Jabatan, pembekal, pakar runding dan pihak-pihak yang berkepentingan, hendaklah memahami peranan dan tanggungjawab mereka. Mereka hendaklah mematuhi terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa. Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan hendaklah dikendalikan oleh individu yang kompeten dan berpengetahuan. Kakitangan hendaklah dilatih dalam bidang pengkhususan yang diperlukan. Asas kecekapan pengguna hendaklah dibangunkan bagi semua pekerja dalam Jabatan. 2.4.1 Kompetensi Pengguna Kompetensi pengguna termasuk:  Kesedaran amalan terbaik keselamatan maklumat. Jabatan hendaklah memupuk amalan baik Keselamatan ICT dengan mewujudkan komunikasi ICT dan program kesedaran untuk memaklumkan kepentingan keselamatan ICT.  Kemahiran menggunakan alat keselamatan Jabatan hendaklah menyediakan latihan yang mencukupi kepada kakitangan berhubung alat-alat keselamatan berkaitan untuk memastikan mereka mampu untuk melaksanakan tugas harian mereka. Kompetensi pengguna hendaklah tertakluk kepada penilaian berkala melalui ujian mendalam. Setiap orang yang diberi kuasa untuk mengendalikan dokumen terperingkat, kompetensi tambahan pengguna selaras dengan arahan/pekeliling semasa adalah diharapkan. 2.4.2 Kompetensi Pelaksana Kakitangan yang menguruskan aset ICT hendaklah memenuhi keperluan kecekapan minimum mengikut spesifikasi kerja mereka. Pegawai keselamatan ICT hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: © RAKKSSA 24

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents