RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 2.3.3 Sandaran Sandaran hendaklah dilaksanakan secara berkala berdasarkan peraturan semasa yang berkuat kuasa untuk memastikan bahawa sistem boleh dipulihkan. Media sandaran hendaklah disimpan dalam persekitaran yang selamat dan di lokasi yang berasingan. Jabatan hendaklah mengambil kira spesifikasi daripada pengeluar media storan dan faktor persekitaran seperti perlindungan kebakaran dan kawalan persekitaran dalam memilih media storan dan lokasi media sandaran. Bekas media sandaran, lokasi dan infrastruktur yang menempatkan bekas media sandaran hendaklah disahkan oleh CGSO dan sebarang perubahan hendaklah mendapat pengesahan semula daripada CGSO. 2.3.4 Kitaran Pengurusan Aset 2.3.4.1 Pindah Pemindahan hak milik aset berlaku dalam keadaan berikut:  Pekerja meninggalkan Jabatan disebabkan oleh persaraan, perletakan jawatan atau penugasan semula  Aset yang dikongsi untuk kegunaan sementara  Pemberian aset kepada Jabatan lain  Aset dikembalikan setelah tamat tempoh pajakan Data dalam peranti tersebut hendaklah diuruskan mengikut seksyen 2.3.4.2. 2.3.4.2 Pelupusan Semua pelupusan media storan hendaklah dirujuk kepada CGSO sebagai langkah pertama. CGSO akan membuat keputusan sama ada sistem itu mengandungi maklumat terperingkat. Berdasarkan keputusan CGSO, pelupusan hendaklah dirujuk kepada Arkib Negara sebagai langkah kedua. Arkib Negara akan membuat keputusan sama ada sistem itu mengandungi maklumat yang termaktub di bawah tindakan Akta Arkib Negara. Pelupusan hendaklah hanya berlaku selepas rujukan kepada kedua-dua pihak tersebut. Pelupusan boleh dalam bentuk pemusnahan fizikal dan/atau sanitasi data. Sanitasi data hendaklah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan. 2.3.4.3 Kitaran Hayat Kitaran hayat data hendaklah diuruskan mengikut Akta Arkib Negara (Akta 629). © RAKKSSA 23

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents