RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 ketirisan data hendaklah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. Pengguna yang menggunakan peranti pengkomputeran peribadi milik persendirian untuk mencapai Maklumat Rasmi hendaklah memohon kebenaran daripada Jabatan. Walau bagaimanapun, peranti pengkomputeran peribadi milik pensendirian hendaklah dilarang daripada mencapai Maklumat Rahsia Rasmi dan dilarang sama sekali dibawa masuk ke kawasan terperingkat. Teknologi yang boleh menguruskan peranti pengkomputeran peribadi milik persendirian hendaklah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelan pengolahan risiko. 2.2.2.2 Peranti Rangkaian Peranti rangkaian merujuk kepada peranti yang digunakan untuk membolehkan saling hubung antara peranti komputer dan sistem seperti suis, penghala, tembok api, peranti VPN dan kabel. Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampergerakan dan menghalang ketirisan data hendaklah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. 2.2.2.3 Aplikasi Perisian aplikasi digunakan oleh manusia untuk memproses dan berinteraksi dengan data. Contoh perisian aplikasi adalah pelayan web, pelayan aplikasi, sistem operasi. Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampenggunaan, data-dalam-pergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang ketirisan data hendaklah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. 2.2.2.4 Pelayan Pelayan merujuk kepada peranti pengkomputeran yang mengandungi aplikasi dan storan. Pelayan hendaklah diletakkan di lokasi yang selamat. Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampenggunaan, data-dalam-pergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang ketirisan data hendaklah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat. 2.2.2.5 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal merujuk kepada lokasi fizikal yang menempatkan sistem ICT. Jabatan hendaklah merujuk kepada CGSO untuk mendapatkan nasihat mengenai cadangan yang berkaitan dengan pengambilalihan, pajakan, pengubahsuaian, pembelian bangunan milik Kerajaan dan swasta yang menempatkan kemudahan pemprosesan maklumat. © RAKKSSA 19

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents