RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
2.1.3 Pengasingan Tugas
Bagi mengekalkan prinsip sekat-dan-imbang, Jabatan hendaklah melaksanakan
pengasingan tugas bagi tugas yang kritikal supaya tidak dilaksanakan oleh seorang
pengguna sahaja yang bertindak atas kuasa tunggalnya.
2.1.4 Kawalan Capaian Berdasarkan Peranan
Capaian sistem hendaklah dihadkan kepada pengguna yang dibenarkan mengikut
peranan dalam fungsi tugas mereka dan kebenaran untuk melaksanakan operasi
tertentu adalah berdasarkan peranan tersebut.
2.1.5 Peminimuman Data
Jabatan hendaklah mengamalkan prinsip peminimuman data yang menghadkan
penyimpanan data peribadi kepada yang diperlukan dan disimpan dalam tempoh yang
diperlukan sahaja.
2.2 Teknologi
Teknologi untuk melindungi data hendaklah dikenal pasti di semua peringkat
pemprosesan data dan pada setiap elemen pengkomputeran.
2.2.1 Peringkat Pemprosesan Data
2.2.1.1 Data-dalam-simpanan
Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-simpanan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan
memelihara integriti data. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah
dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data-dalam-simpanan.
Maklumat Rahsia Rasmi, Maklumat Rasmi dan PII perlu dilindungi daripada segi
kerahsiaan dan integriti data. Data Terbuka perlu dilindungi daripada segi integriti data.
2.2.1.2
Data-dalam-pergerakan
Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-pergerakan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan
memelihara integriti data. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah
dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data-dalam-pergerakan.
2.2.1.3 Data-dalam-penggunaan
Jabatan hendaklah menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk melindungi datadalam-penggunaan bagi menghalang capaian data yang tidak dibenarkan dan
© RAKKSSA
17
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents