RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 1.4.5 Pengolahan Risiko Pengolahan risiko merangkumi elemen proses, teknologi dan manusia hendaklah dikenal pasti dan dilaksana berdasarkan hasil penilaian risiko. Pengolahan risiko hendaklah dikenal pasti untuk menentukan sama ada perlu dielakkan, dikurangkan, diterima atau dipindahkan dengan mengambil kira kos/faedahnya. Baki risiko adalah risiko yang tinggal atau berbaki selepas pengolahan risiko dilaksanakan. Ancaman berkaitan baki risiko dan risiko yang diterima hendaklah dipantau secara berkala. 1.4.5.1 Teknologi Teknologi hendaklah dikenal pasti untuk mengelak atau mengurangkan risiko. Sebagai contoh, tembok api digunakan untuk menghadkan capaian logikal kepada sistem tertentu. 1.4.5.2 Proses Jabatan hendaklah sekiranya perlu untuk pengolahan risiko, membangunkan atau mengemaskini Perekayasaan Proses, Prosedur Operasi Standard dan polisi. 1.4.5.3 Manusia Jabatan hendaklah mengenal pasti sumber manusia berkelayakan dan kompeten yang mencukupi serta memastikan pengurusan sumber manusia dilaksanakan sebagai pengolahan risiko yang berkesan. 1.4.6 Pengurusan Risiko Jabatan hendaklah mengenal pasti struktur tadbir urus pengurusan risiko untuk: (i) mengenal pasti kerentanan; (ii) mengenal pasti ancaman; (iii) menilai risiko; (iv) menentukan pengolahan risiko; (v) memantau keberkesanan pengolahan risiko; dan (vi) memantau ancaman yang berkaitan dengan baki risiko dan risiko yang diterima. Item (v) dan (vi) di atas hendaklah dijadikan agenda tetap dan dibincangkan sekurangkurangnya dua kali setahun dalam mesyuarat jawatankuasa berkaitan di Jabatan. © RAKKSSA 15

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents