RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 1.2.2 Keperluan Perundangan dan Peraturan Jabatan hendaklah mengenal pasti perundangan dan peraturan yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan peranannya seperti di para 1.2.1. 1.2.3 Garis Panduan Keselamatan Siber Jabatan hendaklah membangunkan dan mengenal pasti garis panduan keselamatan siber berkaitan berdasarkan amalan terbaik semasa dan rangka kerja ini. 1.2.4 Polisi Keselamatan Siber Jabatan Jabatan hendaklah membangunkan polisi keselamatan siber berdasarkan Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Pematuhan kepada polisi keselamatan adalah mandatori. Polisi Keselamatan Siber Jabatan hendaklah dikaji semula secara berkala dan apabila berlaku perubahan kepada Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Jabatan hendaklah mengenal pasti kawasan terperingkat. Kawasan terperingkat meliputi kawasan premis atau sebahagian daripada premis dimana rahsia rasmi disimpan atau diuruskan atau dimana kerja terperingkat dijalankan. Peranti milik persendirian dilarang penggunaannya di kawasan terperingkat. 1.3 Aset 1.3.1 Kategori Maklumat Mengenal pasti kategori maklumat merupakan satu langkah penting dalam memastikan perlindungan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kategori maklumat berkenaan. Semua maklumat yang dijana atau dikumpul oleh Jabatan hendaklah diasingkan mengikut kategori Maklumat Rasmi dan Maklumat Rahsia Rasmi. Kedua-dua kategori boleh mengandungi PII. Maklumat Rasmi boleh juga mengandungi Data Terbuka. 1.3.1.1 Maklumat Rahsia Rasmi Maklumat Rahsia Rasmi mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa dokumen rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, © RAKKSSA 11

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents