RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 1.0 KENAL PASTI Langkah pertama dalam perancangan keselamatan siber adalah mengenal pasti persekitaran fungsi dan perkhidmatan Jabatan, struktur tadbir urus dan aset dalam skop perlindungan. Langkah seterusnya adalah untuk mengenal pasti kerentanan dan ancaman ke atas aset atau persekitaran fungsi dan perkhidmatan Jabatan. Risiko merupakan kebarangkalian dan impak sesuatu insiden berlaku berpunca daripada kerentanan dan ancaman yang dikenal pasti. Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan tanggungjawab pemilik aset dan pemilik risiko dalam struktur tadbir urus. Pemilik risiko hendaklah memastikan pengolahan risiko merangkumi proses, teknologi dan manusia. 1.1 Persekitaran Perkhidmatan dan Fungsi Jabatan Persekitaran perkhidmatan dan fungsi Jabatan merujuk kepada peranan Jabatan dan kebergantungannya kepada sumber lain untuk melaksanakan peranan yang ditetapkan. 1.1.1 Peranan Jabatan Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan objektifnya. 1.1.2 Kebergantungan Jabatan Sekiranya wujud keperluan bagi Jabatan untuk berurusan dengan sumber lain dalam melaksanakan peranannya, sebarang interaksi dan kebergantungan hendaklah dikenal pasti. 1.2 Tadbir Urus Struktur tadbir urus bagi pengurusan keselamatan siber hendaklah dikenal pasti. Struktur tadbir urus spesifik di peringkat pusat, Jabatan dan projek hendaklah diwujudkan untuk merancang, mengurus dan mengawal polisi serta fungsi yang berkaitan dengan keselamatan maklumat. 1.2.1 Peranan dan Tanggungjawab Jabatan hendaklah mengenal pasti peranan dan tanggungjawab struktur tadbir urus di setiap peringkat. © RAKKSSA 10

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents