RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
6.4 Jejak Sumber
Jejak sumber merujuk kepada sejarah lengkap pergerakan aset daripada asalnya
sehingga kepada Jabatan. Proses perolehan hendaklah memastikan rekod lengkap
jejak sumber sepanjang kitar hayat sistem.
Jejak sumber hendaklah merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan perkakasan
dan perisian.
6.5 Kitar Hayat Sistem
Aspek keselamatan hendaklah dimasukkan ke dalam semua fasa kitar hayat
pembangunan sistem termasuk pengkonsepan perisian, pengumpulan keperluan,
reka bentuk, pelaksanaan, ujian, penerimaan, pasang atur, penyelenggaraan dan
pelupusan.
Perancangan bagi Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat disarankan mengikut
peringkat yang diterangkan dalam kebanyakan model Kitar Hayat Sistem ICT.
6.6 Proses Pentauliahan
6.6.1 Pentadbir
Tindakan melaksanakan konfigurasi asal adalah peranan pentadbir.
Fungsi pentadbir hendaklah satu peranan yang diberikan kepada pengguna tertentu
dalam sistem. Peranan pentadbir boleh diberi dan dilucutkan oleh pentadbir lain.
Sekurang-kurangnya dua pentadbir diperlukan dalam sistem.
Semasa proses pentauliahan, pengguna pertama hendaklah diberikan peranan
sebagai pentadbir. Pengguna pertama boleh melantik pengguna-pengguna lain
sebagai pentadbir dengan hak yang sama. Pengguna pertama boleh dilucutkan
peranan sebagai pentadbir oleh pentadbir lain.
6.6.2 Penilaian Tahap Keselamatan
Penilaian tahap keselamatan hendaklah dilaksanakan sebelum pentauliahan sistem
dan secara berkala semasa pelaksanaan dan apabila terdapat perubahan pada
persekitaran.
6.7 Proses Pelucutan Pentauliahan
6.7.1 Sandaran dan Ujian Pemulihan
Sandaran hendaklah berjaya dilaksanakan sebelum pelucutan pentauliahan.
© RAKKSSA
34
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents