RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
6.0 PEROLEH
Seksyen ini menerangkan mekanisme bagi perolehan dan pentauliahan sistem yang
kukuh dan berdaya tahan daripada aktiviti berniat jahat serta merangkumi keseluruhan
kitaran hayat aset.
Perolehan ini boleh dilaksanakan melalui tender, sebut harga dan rundingan terus
mengikut peraturan semasa yang berkuat kuasa.
6.1 Kenal Pasti Keperluan
Jabatan hendaklah mengenal pasti keperluan sebelum sebarang perolehan
dilaksanakan sama ada perolehan daripada syarikat pembekal atau pembangunan
secara dalaman.
6.2 Spesifikasi Perolehan
Spesifikasi perolehan hendaklah mengandungi klausa tertentu berhubung keperluan
keselamatan, pensijilan keselamatan produk, ketersediaan kod sumber, keperluan
pelupusan data, keutamaan terhadap teknologi dan kepakaran tempatan, serta
keperluan kompetensi pasukan pembangunan.
6.2.1 Keperluan Keselamatan
Keperluan keselamatan siber hendaklah menentukan kawalan yang diperoleh atau
dibangunkan untuk memastikan pengolahan risiko bagi risiko yang dikenal pasti
adalah selaras dengan rangka kerja keselamatan siber ini.
6.2.2 Pensijilan Keselamatan
Pensijilan keselamatan bagi produk dan perkhidmatan serta tahap pensijilan
hendaklah ditetapkan dan terhad kepada pensijilan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
Projek pembangunan sistem hendaklah juga tertakluk kepada keperluan pensijilan
keselamatan. Pemilik sistem hendaklah memastikan pensijilan keselamatan yang
berkaitan dilaksanakan ke atas sistem yang dibangunkan.
Pematuhan kepada standard keselamatan ICT adalah penting bagi memastikan
keteguhan keselamatan ICT dan boleh beroperasi antara satu sama lain.
6.2.3 Kod Sumber
Semua spesifikasi perolehan dan kontrak komersial hendaklah mengandungi
keperluan mandatori seperti yang berikut :
© RAKKSSA
31
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents