RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
memelihara integriti data. Di samping itu, teknologi untuk menentukan asal data dan
tanpa sangkalan mungkin diperlukan. Teknologi dan langkah-langkah perlindungan
hendaklah dipilih berdasarkan penilaian risiko untuk melindungi data dalam
penggunaan.
Teknologi untuk memastikan asal data dan data/transaksi tanpa-sangkal boleh
digunakan oleh Jabatan.
2.2.1.4 Perlindungan Ketirisan Data
Teknologi perlindungan ketirisan data bertujuan untuk menghalang pengguna yang
sah daripada menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.
Teknologi dan langkah-langkah perlindungan hendaklah dipilih berdasarkan penilaian
risiko untuk menghalang atau mengesan ketirisan data.
2.2.2 Elemen Dalam Persekitaran Pengkomputeran
Berdasarkan penilaian risiko dan pelan pengurusan risiko, Jabatan hendaklah
menggunakan teknologi dan kawalan keselamatan yang dapat melindungi data di
semua peringkat saluran pemprosesan dan bagi semua elemen dalam persekitaran
pengkomputeran.
Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah disimpan dan diproses dalam elemen
persekitaran pengkomputeran yang disahkan oleh CGSO.
Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat hendaklah mengandungi maklumat
terperinci berhubung seni bina sistem, teknologi dan kawalan keselamatan bagi setiap
kategori elemen di bawah:
Peranti pengkomputeran peribadi
Peranti Rangkaian
Aplikasi
Pelayan
Persekitaran fizikal
2.2.2.1 Peranti Pengkomputeran Peribadi
Peranti pengkomputeran peribadi merujuk kepada peranti komputer yang digunakan
oleh manusia untuk berinteraksi dengan sistem.
Contoh peranti pengkomputeran peribadi adalah komputer riba, stesen kerja, telefon
pintar, tablet, dan peranti storan.
Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampenggunaan, data-dalam-pergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang
© RAKKSSA
18
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents