RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
Saluran komunikasi dan aliran data kepada perkhidmatan ini hendaklah dikenal pasti,
direkodkan dan dikaji semula secara berkala.
1.4 Risiko
Jabatan hendaklah mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan aset yang telah
dikenal pasti. Risiko adalah keberangkalian Jabatan tidak mencapai objektifnya.
Penilaian risiko hendaklah dilaksanakan bagi menilai risiko terjejasnya kerahsiaan,
integriti dan ketersediaan maklumat dalam aset ICT Jabatan dan aset ICT luaran.
Penilaian risiko hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun atau
apabila berlaku sebarang perubahan kepada persekitaran.
Pengolahan risiko hendaklah dikenal pasti dan dilaksanakan.
1.4.1 Kerentanan
Kerentanan adalah kelemahan atau kecacatan aset yang mungkin dieksploitasikan
dan mengakibatkan pelanggaran keselamatan.
Kerentanan setiap aset hendaklah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada proses
pengurusan risiko.
1.4.2 Ancaman
Jabatan hendaklah mengenal pasti kedua-dua ancaman yang disengajakan atau tidak
disengajakan yang mungkin mengeksploitasi sebarang kelemahan yang telah dikenal
pasti.
1.4.3 Impak
Jabatan hendaklah menganggarkan impak insiden yang mungkin terjadi. Impak boleh
dikategorikan kepada impak teknikal dan impak berkaitan dengan fungsi Jabatan.
Impak teknikal melibatkan perkara-perkara yang menjejaskan kerahsiaan, integriti,
ketersediaan dan akauntabiliti.
Impak fungsi Jabatan melibatkan perkara-perkara dari segi kewangan, reputasi,
ketidakpatuhan dan perlanggaran privasi.
1.4.4 Tahap Risiko
Tahap risiko ditentukan daripada ancaman, kebarangkalian dan impak risiko.
Kaedah penentuan hendaklah mengikut polisi penilaian atau pengurusan risiko yang
sedang berkuat kuasa.
© RAKKSSA
14
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents