RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 7.0 AUDIT KESELAMATAN Seksyen ini menerangkan mekanisme audit keselamatan yang diperlukan untuk mengesan amalan ketidak patuhan. Semua audit keselamatan yang dilaksanakan terhadap instalasi, persekitaran atau premis ICT Sektor Awam hendaklah mematuhi Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam, Polisi Keselamatan Siber Jabatan, pekeliling/ peraturan/garis panduan yang berkuat kuasa. 7.1 Tahap Kematangan Hasil audit menunjukkan tahap kematangan sesebuah jabatan yang diaudit. Setiap Jabatan mempunyai tahap kematangan yang diharapkan. Tahap kematangan hendaklah ditentukan. 7.2 Audit Dalam Semakan audit dalam adalah perlu bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan polisi yang berkuat kuasa. Pasukan audit dalam yang terlatih hendaklah ditubuhkan bagi melaksanakan audit dalam. Audit Pematuhan ICT hendaklah dilaksanakan setiap tahun. Skop pematuhan ICT hendaklah meliputi pematuhan terhadap Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi setiap projek Jabatan. Lain-lain audit dalam termasuk audit ISMS, Perkhidmatan dan audit Pemulihan Bencana. Pengurusan Kesinambungan 7.3 Audit Luar Semakan audit luar adalah perlu bagi memastikan pematuhan kepada peraturan dan polisi yang sedang berkuat kuasa dan hasil semakan semula audit dalam. Audit luar hendaklah dilaksanakan oleh pihak yang tiada kepentingan terhadap Jabatan dan sistem yang diaudit. Pensijilan khas audit luar seperti ISMS, Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dan Common Criteria, hendaklah dilaksanakan oleh badan yang diiktiraf oleh Kerajaan. © RAKKSSA 36

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents