RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 “Kerajaan hendaklah dibenarkan untuk melaksanakan semakan terhadap kod sumber” Untuk penyataan di atas, Kerajaan adalah merujuk kepada Jabatan atau CGSO. Bagi sistem yang mengendalikan Maklumat Rahsia Rasmi, spesifikasi perolehan dan kontrak komersial hendaklah memasukkan keperluan mandatori seperti yang berikut: “Pembekal hendaklah membenar Kerajaan hak mencapai kod sumber dan melaksanakan pengolahan risiko.” Bagi penyataan di atas, Kerajaan adalah merujuk kepada CGSO. 6.2.4 Kitar Hayat Data Elemen-elemen sistem yang mengandungi Maklumat Rahsia Rasmi dan Maklumat Rasmi adalah tertakluk kepada garis panduan yang sedia ada. Pemilik sistem hendaklah memastikan tindakan dilaksanakan berpandukan garis panduan ini termasuklah sanitasi data dan pelupusan media fizikal. Semua spesifikasi perolehan dan kontrak komersial hendaklah mengandungi keperluan madatori seperti yang berikut: “Pembekal hendaklah memberi hak mencapai elemen sistem yang mengandungi Maklumat Rahsia Rasmi dan Maklumat Rasmi dan boleh mengambil tindakan sebagaimana yang diperlukan” Spesifikasi perolehan hendaklah menentukan pelupusan data seperti di seksyen 2.3.4.2. Bagi Maklumat Rahsia Rasmi, Maklumat Rasmi dan PII, pelupusan hendaklah berdasarkan garis panduan semasa. 6.2.5 Kepakaran dan Teknologi Tempatan Perolehan produk tempatan atau yang dibangun menggunakan teknologi tempatan hendaklah diberi keutamaan dalam pembangunan dan keseluruhan kitar hayat system. Kakitangan dan sumber berkaitan sistem hendaklah dipilih untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luaran, kepakaran dan teknologi asing. 6.2.6 Kompetensi Pasukan Projek Penyediaan spesifikasi perolehan hendaklah memasukkan keperluan pensijilan minimum keselamatan maklumat bagi pasukan projek. © RAKKSSA 32

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents