RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 3.0 KESAN Seksyen ini menerangkan mekanisme pengesanan terhadap aktiviti yang berniat jahat, sama ada secara fizikal atau secara elektronik. 3.1 Pemantauan Berterusan Terdapat banyak peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan pemantauan berterusan terhadap sistem ICT secara masa sebenar atau secara berkala. 3.1.1 Teknologi Teknologi yang digunakan untuk pemantauan berterusan boleh ditempatkan secara berpusat bagi menjalankan analisis terhadap log yang dikumpulkan dari pelbagai sistem. Log sistem ICT adalah merupakan bukti yang didokumenkan dan adalah merupakan turutan kejadian bagi setiap aktiviti yang berlaku pada sistem. Log ini hendaklah mengandungi maklumat seperti pengenalpastian terhadap akses yang tidak dibenarkan, aktiviti-aktiviti yang tidak normal serta aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dijelaskan. Log/Jejak audit hendaklah disimpan dan direkodkan selaras dengan arahan/pekeliling sedia ada yang dikeluarkan oleh Kerajaan. Log/Jejak audit hendaklah dikawal bagi mengekalkan integriti data. Analisis ke atas log/jejak audit hendaklah dilakukan secara bulanan bagi mengesan:  Kegagalan capaian  Penggunaan yang tidak normal, contohnya akses terhadap sistem di luar waktu kebiasaan, kekerapan akses dan tempoh penggunaan yang berlainan dari kebiasaan  Capaian ke atas rekod-rekod terhad  Transaksi yang tertentu  Penggunaan sumber yang sensitif, contohnya cek kosong, pasport, sijil peperiksaan, sijil kelahiran Pemantauan berterusan boleh dibuat secara automatik dengan menggunakan perisian tertentu sebagai contoh pengimbas virus, algoritma check sum, password cracker, semakan integriti, pengesanan penceroboh dan analisis pemantauan prestasi sistem ICT. © RAKKSSA 26

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents