RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
Mempunyai kelayakan akademik dalam bidang berkaitan atau sijil profesional
keselamatan siber
Memenuhi keperluan pembelajaran berterusan
Menimba pengalaman yang mencukupi dalam bidang keselamatan siber
Memperolehi tapisan keselamatan daripada agensi yang diberi kuasa
Pegawai Keselamatan ICT yang dilantik oleh Jabatan hendaklah memenuhi keperluan
kompetensi di atas. Pegawai Keselamatan ICT bertanggungjawab untuk merancang,
mengurus dan melaksanakan program keselamatan di Jabatan.
2.4.3 Peranan
Peranan pengguna hendaklah diberi berdasarkan keperluan dan kompetensi
pengguna.
Setiap orang yang terlibat dengan Maklumat Rahsia Rasmi, hendaklah
menandatangani perjanjian ketakdedahan seperti Arahan Keselamatan. Salinan asal
perjanjian yang ditandatangani hendaklah disimpan dengan selamat dan menjadi
rujukan masa depan.
Tiada hak capaian automatik diberikan kepada individu tanpa mengira tapisan
keselamatan mereka.
Kakitangan yang berperanan menguruskan aset hendaklah memastikan semua aset
Jabatan dikembalikan sekiranya berlaku perubahan peranan.
Kakitangan yang terlibat dengan perubahan peranan hendaklah menyerahkan semua
aset Jabatan yang berkaitan seperti yang tersenarai dalam senarai aset dalam Nota
Serah Tugas.
Kakitangan lain yang terlibat dengan perubahan peranan hendaklah menyerahkan
semua aset Jabatan dengan diselia oleh kakitangan yang dipertanggungjawabkan
oleh Jabatan.
© RAKKSSA
25
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents