RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
2.3.3 Sandaran
Sandaran hendaklah dilaksanakan secara berkala berdasarkan peraturan semasa
yang berkuat kuasa untuk memastikan bahawa sistem boleh dipulihkan. Media
sandaran hendaklah disimpan dalam persekitaran yang selamat dan di lokasi yang
berasingan.
Jabatan hendaklah mengambil kira spesifikasi daripada pengeluar media storan dan
faktor persekitaran seperti perlindungan kebakaran dan kawalan persekitaran dalam
memilih media storan dan lokasi media sandaran.
Bekas media sandaran, lokasi dan infrastruktur yang menempatkan bekas media
sandaran hendaklah disahkan oleh CGSO dan sebarang perubahan hendaklah
mendapat pengesahan semula daripada CGSO.
2.3.4
Kitaran Pengurusan Aset
2.3.4.1 Pindah
Pemindahan hak milik aset berlaku dalam keadaan berikut:
Pekerja meninggalkan Jabatan disebabkan oleh persaraan, perletakan jawatan
atau penugasan semula
Aset yang dikongsi untuk kegunaan sementara
Pemberian aset kepada Jabatan lain
Aset dikembalikan setelah tamat tempoh pajakan
Data dalam peranti tersebut hendaklah diuruskan mengikut seksyen 2.3.4.2.
2.3.4.2
Pelupusan
Semua pelupusan media storan hendaklah dirujuk kepada CGSO sebagai langkah
pertama. CGSO akan membuat keputusan sama ada sistem itu mengandungi
maklumat terperingkat.
Berdasarkan keputusan CGSO, pelupusan hendaklah dirujuk kepada Arkib Negara
sebagai langkah kedua. Arkib Negara akan membuat keputusan sama ada sistem itu
mengandungi maklumat yang termaktub di bawah tindakan Akta Arkib Negara.
Pelupusan hendaklah hanya berlaku selepas rujukan kepada kedua-dua pihak
tersebut.
Pelupusan boleh dalam bentuk pemusnahan fizikal dan/atau sanitasi data.
Sanitasi data hendaklah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
2.3.4.3 Kitaran Hayat
Kitaran hayat data hendaklah diuruskan mengikut Akta Arkib Negara (Akta 629).
© RAKKSSA
23
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents