RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 2.2.5.1 Aliran Data Aliran data bagi Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah diasingkan daripada aliran Data Terbuka dan PII. Selain itu, aliran data bagi empat kategori Maklumat Rahsia Rasmi hendaklah juga diasingkan. 2.2.5.2 Persekitaran Pengasingan persekitaran untuk pembangunan, pengujian, peringkat dan produksi hendaklah dilaksanakan. 2.2.5.3 Rangkaian Pelayan yang mengehos rangkaian hendaklah mengasingkan capaian umum dan persendirian. Pengasingan capaian persendirian mungkin perlu berdasarkan penilaian risiko. Sebagai contoh, bagi perkhidmatan untuk capaian dari internet, pelayan dan pangkalan datanya mungkin perlu dihoskan dalam segmen rangkaian yang berasingan dan membenarkan saling hubung yang terhad. Jabatan hendaklah melaksanakan segmen rangkaian yang berasingan bagi peranti pengkomputeran peribadi milik persendirian untuk capaian internet bagi urusan tidak rasmi. 2.3 Proses 2.3.1 Konfigurasi Asas Semua sistem hendaklah mempunyai satu konfigurasi asas yang direkodkan dan menjadi pra-syarat pentauliahan sistem. Konfigurasi asas yang baharu hendaklah diwujudkan selaras dengan prosedur kawalan perubahan. 2.3.2 Kawalan Perubahan Konfigurasi Prosedur kawalan perubahan konfigurasi hendaklah diwujud dan dilaksanakan bagi perubahan kepada sistem, termasuk tampalan perisian, pakej perkhidmatan, konfigurasi rangkaian dan pengemaskinian sistem operasi. Sebarang perubahan yang tidak termasuk dalam konfigurasi asas hendaklah diluluskan oleh personel/jawatankuasa yang dilantik atau diberi kuasa berdasarkan prosedur kawalan perubahan konfigurasi. Hasil perubahan ini menjadi konfigurasi asas terkini. Berdasarkan jangkaan impak perubahan, personel/jawatankuasa yang dilantik atau diberi kuasa hendaklah menentukan keperluan untuk melaksanakan Penilaian Tahap Keselamatan. © RAKKSSA 22

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents