RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
Perlindungan fizikal yang disediakan hendaklah selaras dengan risiko yang dikenal
pasti dan berdasarkan prinsip defence-in-depth.
Teknologi dan kawalan keselamatan yang dikenal pasti untuk melindungi data-dalampenggunaan, data-dalam-pergerakan, data-dalam-simpanan dan menghalang
ketirisan data hendaklah diperincikan dalam Pelan Pengurusan Keselamatan
Maklumat.
2.2.3 Kawalan Capaian
2.2.3.1 Fizikal
Jabatan hendaklah melaksanakan kawalan akses ke atas Kawasan Terperingkat.
Pengesahan pengguna bagi kemasukan ke lokasi fizikal adalah berdasarkan
pengenalan fizikal termasuk dokumen fizikal, pembaca biometrik, pembaca jarak
dekat, pembaca PIN atau gabungan teknologi di atas.
2.2.3.2 Pengenalan Pengguna
Pengenalan pengguna hendaklah merujuk kepada seseorang pengguna sahaja.
Pengeluaran pengenalan pengguna kepada kakitangan Sektor Awam hendaklah
tertakluk kepada proses pengesahan yang ketat.
Pengenalan pengguna digunakan oleh kakitangan Sektor Awam bagi tujuan
pengesahan diri untuk menggunakan aplikasi.
Pengenalan pengguna boleh dikeluarkan kepada orang awam untuk menggunakan
aplikasi e-Kerajaan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
2.2.3.3 Pengesahan Pengguna
Pengesahan pengguna kepada aplikasi Sektor Awam hendaklah berdasarkan
pengenalan pengguna yang diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Bagi aplikasi yang mengandungi Maklumat Rahsia Rasmi atau PII, pengesahan
pengguna hendaklah berdasarkan lebih daripada satu pengenalan pengguna.
Semua aplikasi Sektor Awam hendaklah menggunakan pelayan pengesahan
gunasama untuk melaksanakan fungsi Single Sign-On.
Pengesahan pengguna adaptif merujuk kepada proses pengesahan yang
memerlukan pengenalan tambahan daripada pengguna dalam keadaan tertentu.
Keadaan tersebut merangkumi kelainan dalam perlakuan pengguna atau persekitaran
pengkomputeran pengguna, yang menimbulkan syak bahawa kecurian pengenalan
atau penipuan transaksi telah berlaku.
Fungsi pengesahan pengguna hendaklah diasingkan daripada aplikasi bagi
pengurusan berpusat fungsi pengesahan. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna,
menjimatkan kos dan membolehkan tindak balas segera terhadap ancaman.
© RAKKSSA
20
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents