RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016
1.2.2 Keperluan Perundangan dan Peraturan
Jabatan hendaklah mengenal pasti perundangan dan peraturan yang perlu dipatuhi
dalam melaksanakan peranannya seperti di para 1.2.1.
1.2.3 Garis Panduan Keselamatan Siber
Jabatan hendaklah membangunkan dan mengenal pasti garis panduan keselamatan
siber berkaitan berdasarkan amalan terbaik semasa dan rangka kerja ini.
1.2.4 Polisi Keselamatan Siber Jabatan
Jabatan hendaklah membangunkan polisi keselamatan siber berdasarkan Polisi
Keselamatan Siber Sektor Awam dan peraturan yang sedang berkuat kuasa.
Pematuhan kepada polisi keselamatan adalah mandatori.
Polisi Keselamatan Siber Jabatan hendaklah dikaji semula secara berkala dan apabila
berlaku perubahan kepada Polisi Keselamatan Siber Sektor Awam dan peraturan
yang sedang berkuat kuasa.
Jabatan hendaklah mengenal pasti kawasan terperingkat. Kawasan terperingkat
meliputi kawasan premis atau sebahagian daripada premis dimana rahsia rasmi
disimpan atau diuruskan atau dimana kerja terperingkat dijalankan. Peranti
milik persendirian dilarang penggunaannya di kawasan terperingkat.
1.3 Aset
1.3.1 Kategori Maklumat
Mengenal pasti kategori maklumat merupakan satu langkah penting dalam
memastikan perlindungan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kategori
maklumat berkenaan.
Semua maklumat yang dijana atau dikumpul oleh Jabatan hendaklah diasingkan
mengikut kategori Maklumat Rasmi dan Maklumat Rahsia Rasmi.
Kedua-dua kategori boleh mengandungi PII.
Maklumat Rasmi boleh juga mengandungi Data Terbuka.
1.3.1.1 Maklumat Rahsia Rasmi
Maklumat Rahsia Rasmi mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta
Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual
kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan apa-apa maklumat dan bahan
berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa dokumen rasmi, maklumat dan
bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”,
© RAKKSSA
11
Select target paragraph3
Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents