RAKKSSA VERSI 1.0, APRIL 2016 Lapan (8) komponen utama RAKKSSA adalah seperti yang berikut : Komponen Objektif Kenal Pasti Mengenal pasti persekitaran fungsi Jabatan, polisi dan struktur tadbir urus serta aset yang perlu dilindungi, risiko berkaitan dan pengurusan risiko. Lindung Menentukan prinsip-prinsip keselamatan, kompetensi manusia, proses dan teknologi yang diperlukan bagi bagi memitigasi risikorisiko yang telah dikenal pasti. Kompetensi manusia merupakan faktor penentu penggunaan teknologi yang betul dan mematuhi proses. Kesan Mengesan ancaman serangan berniat jahat dengan menekankan kepada anomali dalam penggunaan dan corak trafik rangkaian. Ini termasuk pemantauan berterusan dan penentuan maklumat asas. Tindak Balas Bertindak balas kepada serangan berniat jahat semasa dan selepas kejadian. Ini termasuk menyalurkan maklumat kepada pemegang taroh dan makluman kepada orang awam. Pulih Melaksanakan tindakan pemulihan terhadap kerosakan yang disebabkan oleh serangan berniat jahat dan kegagalan sistem untuk memastikan ketersediaan data. Peroleh Memastikan keperluan dan langkah-langkah keselamatan dilaksanakan pada setiap peringkat kitar hayat sistem. Ini termasuk spesifikasi perolehan, pengurusan syarikat pembekal, jejak sumber, kitar hayat pembangunan sistem, proses pentauliahan dan pelucutan pentauliahan sehingga sistem pelupusan. Perolehan sistem boleh merupakan pembangunan secara luaran atau dibangunkan secara dalaman. Audit Menggariskan skop audit dan pihak berkuasa audit. Keselamatan Kuat Kuasa Menggariskan skop penguatkuasaan. penguatkuasaan dan pihak berkuasa Jabatan hendaklah menggunakan rangka kerja ini untuk membangunkan Pelan Pengurusan Keselamatan Maklumat mengikut susunan dokumen ini. Audit Keselamatan dan Kuat Kuasa merupakan dua komponen yang merentasi semua komponen. © RAKKSSA 9

Select target paragraph3

Connect to a paragraph
Connect to an entity
Disable highlights
Add to table of contents